Internet merupakan jaringan global komputer di mana berjuta-juta komputer seluruh dunia berhubung antara satu sama lain. Terdapat 2 cara akses ke internet masa kini iaitu melalui ISP(Internet Service Provider) atau penyedia perkhidmatan internet. Perkhidmatan ini hanya menyediakan penyambungan atau akses ke internet. ISP tempatan yang popular adalah TMNet dan Jaring. Setelah anda mempunyai akaun internet, anda memerlukan sebuah komputer peribadi (PC) atau laptop dengan modem samada bina dalam atau luaran. Perkhidmatan TMNet kini turut menyediakan pakej internet dangan modem PERCUMA. Jika anda tidak berkemampuan, sebagai permulaan anda hanya perlu luangkan sedikit masa di cybercafe berdekatan. Saya jamin, jika anda mengikuti perniagaan ini dengan baik dan betul, anda akan dapat memiliki komputer peribadi sendiri dalam masa kurang dari 3 bulan!
Semasa anda melayari internet, anda mampu menghantar atau menerima fail-fail digital dan maklumat dengan komputer lain di dalam jaringan dalam sekelip mata. Semakin pantas PC dan sambungan internet anda, maka semakin pastas lah kerja anda. Anda dapat mengaktifkan perniagaan anda di internet untuk menghantar maklumat perniagaan, promosi dan sebagainya 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 52 minggu setahun kerana internet tidak tidur, dan penggunanya berada di serata dunia yang berbeza zon masa!
Apakah Sebenarnya Nama Domain?
Amnya, nama domain ialah alamat internet yang menuju ke laman web anda. Saya suka mengibaratkan nama domain adalah seperti nama perniagaan yang akan dipaparkan di hadapan kedai anda! Ia akan kelihatan seperti ini:
dan hantar ke 36828 (berbayar). Anda akan mendapat SMS jawapan sama ada ia belum didaftarkan atau sudah dimiliki. Anda boleh juga mendaftar nama domain secara percuma di hosting percuma tetapi namanya akan menjadi kurang sedap atau panjang.
Contohnya:
http://www.namaanda.20m.com
http://www.geocities.com/namanda
http://www.namaanda@freewebspaces.com
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat pemilihan dan pendaftara nama domain seperti:
http://www.godaddy.com
http://www.ooodomains.com
http://www.ipowerweb.com
http://www.hostway.com
http://www.networksolutions.com
Apakah Sebenarnya Laman Web?
Sebuah laman web boleh bertindak sebagai satu brosur, pamplet atau surat jualan tetapi dalam bentuk elektronik yang hanya boleh dilihat menggunakan komputer. Laman web yang baik juga mampu bertindak sebagai pejabat perniagaan anda secara maya.
Laman web memaparkan produk atau perniagaan anda samada dalam bentuk gambar, ilustrasi atau perkataan yang menerangkan tentang produk atau perniagaan tersebut. Ini membolehkan pembeli melihat dan mengetahui tentang produk atau perniagaan anda tanpa perlu datang dan melihat sendiri untuk mengetahuinya. Ia mesti mengandungi unsur tarikan supaya mampu menarik ramai pelawat dan bakal pembeli.
Apakah Sebenarnya Email
Email sebenarnya adalah surat dalam format elektronik. Selain dari kaedah tradisional iaitu menulis di atas sekeping kertas, memasukkan ke dalam sampul surat, melekatkan setem dan seterusnya ke pejabat pos dan mengeposkannya, kaedah email lebih mudah. Anda hanya perlu menaip (compose) email anda dan klik untuk menghantarnya. Terdapat banyak email percuma yang ditawarkan oleh laman web di internet seperti namanda@yahoo.com, namanda@hotmail.com, namanda@rocketmail.com dan sebagainya. Jika anda melanggan perkhidmatan internet, anda seharusnya mendapat satu akaun email percuma dari ISP tersebut. Contohnya bagi TMNet ialah namaanda@tmnet.com.my.
Apakah Sebenarnya Web Hosting?
Hos kepada laman web anda ialah server. Server merupakan sebuah komputer berkuasa besar. Kebanyakan pengguna server adalah syarikat-syarikat besar memandangkan harga server yang agak tinggi iaitu lingkungan RM 6,000 ke atas. Laman web akan berada di cakera keras server yang bersambung ke internet selama 24 jam. Kerana harga yang tinggi, anda boleh menyewa kepada pemilik server tempatan yang digelar hosting.
Antara perkhidmatan atau ciri-ciri yang lazimnya ditawarkan bersama pakej web hosting adalah seperti berikut:
a. Sokongan teknikal 24 sehari dan 7 hari seminggu.
b. Boleh menggunakan nama domain sendiri.
c. Ruang server antara 20 MB ke 50 MB.
d. Pemindahan data bulanan sekurang-kurangnya 10 GB.
e. Akaun email POP(terhad atau tidak).
f. Boleh daftar sub-domain.
g. Autoresponder.
h. Statistik laman.
i. Database MYSQL.
j. Interaktif dengan Microsoft Frontpage.
Terdapat banyak syarikat antarabangsa atau tempatan yang menawarkan khidmat web hosting seperti berikut. Anda juga boleh menggunakan enjin pencari dengan menaip “Malaysia Web Hosting”.
http://www.webhost4life.com
http://www.host4profit.com
http://www.eternalsolutions.com
http://www.klhost.com
http://www.ezzysurf.com
http://www.cyberultra.com
http://www.mybes.com
Apakah Sebenarnya Autoresponder?
Autoresponder merupakan sebuah program komputer yang bertindak seolah-olah mesin penjawab telefon bagi mesej-mesej email yang dihantar ke alamat pengguna. Setelah anda mengaktifkan Autoresponder pada email anda, sesiapa yang menghantar mesej ke alamat email anda akan menerima mesej balas dari anda (yang telah disetkan) tanpa perlu anda menghantarnya secara manual. Anda hanya perlu menaipkan mesej email anda mengikut turutan dan autoresponder akan menghantarkannya kepada penerima mengikut waktu yang diarahkan secara automatik.
Ia boleh di dapatkan di laman web:
http://www.getresponse.com
http://www.aweber.com
Apakah Sebenarnya Enjin Pencari (search engine)?
Enjin pencari merupakan kaedah paling popular yang digunakan oleh pelayan (browser) internet untuk membuat carian. Pada masa sekarang, segala-galanya boleh dicari di internet dengan hanya menulis sedikit kata kunci dan klik.
Antara enjin pencari yang popular adalah:
http://www.google.com
http://www.altavista.com
http://www.excite.com
http://www.askjeeves.com
Apakah Sebenarnya FTP?
FTP (File Transfer Protocol) adalah Tatacara Pemindahan Fail, sebuah program yang membenarkan anda memindahkan fail-fail digital ke hos laman web anda secara langsung dari komputer peribadi anda melalui internet supaya laman web anda sedia untuk dilawati. Proses sedemikian juga dinamakan sebagai upload. Dengan program ini, anda boleh mengubahsuai, menambah atau memadam imej, maklumat atau laman anda mengikut keadaan semasa. Program ini boleh dicapai secara muat turun di internet dengan percuma. Antara yang popular adalah Cute_FTP, FTP995 dan WS_FTP.
Apakah Sebenarnya Nama Domain?
Amnya, nama domain ialah alamat internet yang menuju ke laman web anda. Saya suka mengibaratkan nama domain adalah seperti nama perniagaan yang akan dipaparkan di hadapan kedai anda! Ia akan kelihatan seperti ini:
http://www.namaanda.com.my
nama domain anda
Apabila nama domain anda telah dipilih dan didaftarkan, tiada orang lain yang boleh menggunakan nama yang sama sepertimana tidak ada dua rumah yang mempunyai alamat yang sama. Nama domain boleh dinamakan dengan apa jua sekalipun samada nama anda, nama perniagaan atau nama produk. Perkhidmatan ini turut disediakan oleh hosting tempatan dengan harga yang rendah. Kini, anda boleh memilih nama domain melalui telefon bimbit anda secara SMS. Taipkan DOMAINContohnya:
http://www.namaanda.20m.com
http://www.geocities.com/namanda
http://www.namaanda@freewebspaces.com
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat pemilihan dan pendaftara nama domain seperti:
http://www.godaddy.com
http://www.ooodomains.com
http://www.ipowerweb.com
http://www.hostway.com
http://www.networksolutions.com
Apakah Sebenarnya Laman Web?
Sebuah laman web boleh bertindak sebagai satu brosur, pamplet atau surat jualan tetapi dalam bentuk elektronik yang hanya boleh dilihat menggunakan komputer. Laman web yang baik juga mampu bertindak sebagai pejabat perniagaan anda secara maya.
Laman web memaparkan produk atau perniagaan anda samada dalam bentuk gambar, ilustrasi atau perkataan yang menerangkan tentang produk atau perniagaan tersebut. Ini membolehkan pembeli melihat dan mengetahui tentang produk atau perniagaan anda tanpa perlu datang dan melihat sendiri untuk mengetahuinya. Ia mesti mengandungi unsur tarikan supaya mampu menarik ramai pelawat dan bakal pembeli.
Apakah Sebenarnya Email
Email sebenarnya adalah surat dalam format elektronik. Selain dari kaedah tradisional iaitu menulis di atas sekeping kertas, memasukkan ke dalam sampul surat, melekatkan setem dan seterusnya ke pejabat pos dan mengeposkannya, kaedah email lebih mudah. Anda hanya perlu menaip (compose) email anda dan klik untuk menghantarnya. Terdapat banyak email percuma yang ditawarkan oleh laman web di internet seperti namanda@yahoo.com, namanda@hotmail.com, namanda@rocketmail.com dan sebagainya. Jika anda melanggan perkhidmatan internet, anda seharusnya mendapat satu akaun email percuma dari ISP tersebut. Contohnya bagi TMNet ialah namaanda@tmnet.com.my.
Apakah Sebenarnya Web Hosting?
Hos kepada laman web anda ialah server. Server merupakan sebuah komputer berkuasa besar. Kebanyakan pengguna server adalah syarikat-syarikat besar memandangkan harga server yang agak tinggi iaitu lingkungan RM 6,000 ke atas. Laman web akan berada di cakera keras server yang bersambung ke internet selama 24 jam. Kerana harga yang tinggi, anda boleh menyewa kepada pemilik server tempatan yang digelar hosting.
Antara perkhidmatan atau ciri-ciri yang lazimnya ditawarkan bersama pakej web hosting adalah seperti berikut:
a. Sokongan teknikal 24 sehari dan 7 hari seminggu.
b. Boleh menggunakan nama domain sendiri.
c. Ruang server antara 20 MB ke 50 MB.
d. Pemindahan data bulanan sekurang-kurangnya 10 GB.
e. Akaun email POP(terhad atau tidak).
f. Boleh daftar sub-domain.
g. Autoresponder.
h. Statistik laman.
i. Database MYSQL.
j. Interaktif dengan Microsoft Frontpage.
Terdapat banyak syarikat antarabangsa atau tempatan yang menawarkan khidmat web hosting seperti berikut. Anda juga boleh menggunakan enjin pencari dengan menaip “Malaysia Web Hosting”.
http://www.webhost4life.com
http://www.host4profit.com
http://www.eternalsolutions.com
http://www.klhost.com
http://www.ezzysurf.com
http://www.cyberultra.com
http://www.mybes.com
Apakah Sebenarnya Autoresponder?
Autoresponder merupakan sebuah program komputer yang bertindak seolah-olah mesin penjawab telefon bagi mesej-mesej email yang dihantar ke alamat pengguna. Setelah anda mengaktifkan Autoresponder pada email anda, sesiapa yang menghantar mesej ke alamat email anda akan menerima mesej balas dari anda (yang telah disetkan) tanpa perlu anda menghantarnya secara manual. Anda hanya perlu menaipkan mesej email anda mengikut turutan dan autoresponder akan menghantarkannya kepada penerima mengikut waktu yang diarahkan secara automatik.
Ia boleh di dapatkan di laman web:
http://www.getresponse.com
http://www.aweber.com
Apakah Sebenarnya Enjin Pencari (search engine)?
Enjin pencari merupakan kaedah paling popular yang digunakan oleh pelayan (browser) internet untuk membuat carian. Pada masa sekarang, segala-galanya boleh dicari di internet dengan hanya menulis sedikit kata kunci dan klik.
Antara enjin pencari yang popular adalah:
http://www.google.com
http://www.altavista.com
http://www.excite.com
http://www.askjeeves.com
Apakah Sebenarnya FTP?
FTP (File Transfer Protocol) adalah Tatacara Pemindahan Fail, sebuah program yang membenarkan anda memindahkan fail-fail digital ke hos laman web anda secara langsung dari komputer peribadi anda melalui internet supaya laman web anda sedia untuk dilawati. Proses sedemikian juga dinamakan sebagai upload. Dengan program ini, anda boleh mengubahsuai, menambah atau memadam imej, maklumat atau laman anda mengikut keadaan semasa. Program ini boleh dicapai secara muat turun di internet dengan percuma. Antara yang popular adalah Cute_FTP, FTP995 dan WS_FTP.
No comments:
Post a Comment