Wednesday, April 8, 2009

Bab 2. Kaedah Mudah Memulakan Perniagaan Online

Tetapkan Matlamat Perniagaan Online Anda

Proses menetapkan matlamat dan objektif dan seterusnya merangka strategi untuk mencapainya adalah amat penting apabila memulakan perniagaan internet. Inilah yang dinamakan Pelan Perniagaan. Untuk menetapkan matlamat yang spesifik bagi perniagaan baru anda, tanya diri anda soalan berikut:

Mengapakah anda mahu memulakan sebuah perniagaan internet?
Apakah produk atau perkhidmatan yang boleh anda tawarkan kepada pengguna internet?
ATAU
Adakah anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang dicari-cari di internet?

Untuk menjimatkan masa kajian anda, berikut saya senaraikan Top 15 kategori produk dan perkhidmatan di internet.
1. Pakaian/Fesyen.
2. Permainan Video.
3. Elektronik .
4. Perkakasan dan perisian komputer .
5. VCD dan DVD.
6. Buku.
7. Kad ucapan.
8. Perkakasan/perhiasan rumah.
9. Barang kemas atau aksesori wanita.
10. Kesihatan.
11. Pelancongan.
12. Kenderaan.
13. Hartanah.
14. Trading.
15. Muzik.

Semasa mengenalpasti keperluan, melaksanakan kajian pasaran adalah wajib. Anda perlu ketahui faktor 3P ini supaya dapat menyesuaikan diri ke dalam bidang e-perniagaan yang sedang hangat! Lebih banyak maklumat yang anda peroleh daripadanya, lebih cerah peluang kejayaan anda.

* Persaingan: Biasakan diri anda dengan beberapa perniagaan internet lain yang sama dengan apa yang akan anda laksanakan (jika ada). Jika boleh, elakkan persamaan atau peniruan yang ketara. Orang ramai bosan asyik melihat benda yang sama berulang kali. Kaji kelebihan dan kelemahannya dan ambil peluang dari itu.

* Pelanggan: Kaji pelbagai jenis pelanggan yang melakukan perniagaan online dan potensi pelanggan yang mungkin melawat laman web anda. Nilaikan keperluan dan apa yang mereka harapkan. Jangan lupa bahawa anda juga merupakan seorang pelanggan!

* Persekitaran: Kenali budaya internet. Ini termasuklah bahasa dan gaya komunikasi secara online. Jika anda kurang mahir, langgan beberapa e-zine (majalah/buletin elektronik) dan newsletter untuk bacaan anda.

Yang penting, pertama sekali, tulis semua idea anda di atas sekeping kertas (atau buku catatan supaya tidak hilang) sebelum idea itu hilang! Tanyalah diri anda, “Apa yang orang cari di internet?” Ambil masa anda kerana ianya bukan kerja semalaman (jangan terkejut kerana ia mungkin memakan masa berhari-hari). Ambil masa anda dan dengan membuat kajian pasaran yang teliti adalah lebih baik dari terus mengambil peluang dari pandang pertama.

Bagaimana Pula Jika Anda Tiada Produk untuk Dijual?

Saya mengambil peluang ini untuk menghapuskan satu mitos terbesar dari minda anda. Jika anda fikir anda perlu mempunyai produk untuk dijual bagi mendapatkan wang, anda sebenarnya salah! Anda masih boleh membuat wang tanpa mencipta produk anda sendiri. Terdapat beberapa cara anda boleh mendapatkan wang tanpa mempunyai produk untuk dijual!

Bagaimana?

Paling mudah, anda boleh menjadi referral untuk mendapat komisyen atau menjual ruang iklan pada laman web atau newsletter anda. Di sini, anda turut menjadi tukang promosi bagi produk atau laman web tertentu dan anda akan dibayar untuknya.

Cara lain yang juga popular di internet adalah:
1. Membeli hak jualan semula (resell rights) untuk produk orang lain dan mula menjual di internet tanpa obligasi undang-undang. Setelah mendapat hak jualan, upload ke laman web anda dan pandu trafik masuk dengan menggunakan enjin pencari (jangan risau, ini akan diterangkan kemudian).

2. Mendaftar dengan program affiliate dan tolong promosikan produk orang lain. Ini lebih mudah dari cara yang pertama tadi. Jika anda bernasib baik, anda akan diberikan laman web percuma atau link untuk dipromosikan. Anda hanya perlu mendaftar dengan sebuah atau lebih program affiliate dan pandu trafik ke link anda. Cara ini adalah yang paling popular di internet. Saya juga tidak melepaskan peluang mencubanya.

Memang ini berita baik buat anda dan mereka yang berpeluh memikirkan keperluan membuat produk sendiri unduk dijual. Memang jarang peluang seperti ini muncul. Orang seperti saya juga boleh berubah fikiran dalam sekelip mata. Namun jika anda pembaca buku saya ini, saya akan beri peluang ini dan tunaikan hajat anda. Seterusnya, izinkan saya pandu anda ke pelajaran seterusnya.

Memilih Sebuah Model Perniagaan Online

Anda telah memutuskan apa yang hendak ditawarkan kepada pelanggan anda? Bagus! Perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah memilih Model Perniagaan Internet yang tepat. Model perlulah tepat dan sesuai dengan jenis produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda perlu pertimbangkan:
• Margin Keuntungan. Semakin tinggi margin semakin bagus.
• Penghantaran. Penghantaran boleh dihantar dengan mudah dan cepat melalui suatu sistem.
• Pembayaran. Pelbagai kaedah bayaran seperti cek, kad kredit dan perbankan internet agak menarik.
• Kos. Kurangkan kos atau kalau boleh tiada kos langsung.

Strategi pemasaran yang berlainan diperlukan untuk Model Perniagaan yang berbeza. Pilihlah Model Perniagaan yang mempunyai prospek terbaik untuk produk anda. Sehingga saat saya menulis, terdapat 19 Model Perniagaan Internet berkos rendah dan berkeuntungan tinggi di Malaysia sahaja dan lebih 200 lagi seumpanya seluruh dunia. Pilihlah dengan bijaksana.

Kenalpasti Pasaran Sasaran Anda

Rahsianya adalah hanya dengan membuat carian menggunakan enjin pencari seperti Google dan Overture dengan menaip kata kunci (keywords) berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Ini adalah untuk mencari sebanyak mana laman web (tempatan atau antarabangsa), newsletter, forum dan sebagainya yang berkaitan. Contoh, buka enjin pencari Google di www.google.com.my dan taip kata kunci di ruang carian. Kemudian apa yang anda hajatkan akan dipaparkan. Dapatkan Sebuah Nama Domain

Saya pasti anda sudah tahu apa itu nama domain. Pemilihan nama domain yang tepat akan memandu trafik terus ke laman web anda. Nama domain boleh dinamakan dengan nama perniagaan anda atau apa yang anda tawarkan. Anda pasti mahukan nama domain anda pendek, senang diingat dan agak catchy. Seboleh-bolehnya, kaitkan dengan kata kunci perniagaan anda, ini akan membantu ranking anda di enjin pencarian.

Contohnya:
www.rahsianakjadikayaraya.com
www.duittakhenti.com
www.syktkayaandakaya.net

Sebenarnya, kata kunci adalah faktor penting yang akan membantu perniagaan anda. Kata kunci yang tepat akan memaparkan laman web anda pada carian di enjin pencari dan mengundang lebih kunjungan. Contohnya, jika anda hendak mengajar menari, anda perlu tulis semua kata kunci berkaitan tarian. Sebagai permulaan, tulislah 100 kata kunci. Kemudian? Tulis lagi 200 atau 300 jika perlu. Lebih banyak lebih bagus. Ingat bahawa anda akan menggunakan nama domain tersebut pada suatu masa yang lama. Nasihat dari saya, jangan malas sejak dari permulaan lagi. Anda boleh mulai malas bila dah kaya nanti. Percayalah pada kata kunci. Saya amat percaya. Jika anda praktikkan, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya. Saya juga bermula dengan 200 kata kunci!

Saya akan berikan satu lagi contoh yang mudah. Sudahkan anda berkahwin dan mempunyai anak? Jika tidak, bayangkan sahaja. Anda dan isteri anda dianugerahkan anak pertama. Anda dan isteri pasti mahu menamakannya dengan nama yang terbaik bukan? Sudah pasti! Kita teruskan dengan topik kata kunci tadi. Berdasarkan ratusan kata kunci tadi, pasti mudah untuk membentuk nama domain anda sekarang. Contohnya mungkin www.bagaimanamenari.com atau www.rajatari.com. Langkah seterusnya, periksa samada nama domain tersebut telah didaftar atau tidak. Terdapat banyak variasi nama domain yang terdapat di internet. Sambungan nama domain juga perlu diambil kira. Berikut adalah sambungan yang anda akan sering jumpa.
• .com – bermaksud komersial atau komuniti. Paling sering digunakan di internet.
• .net – bermaksud network (jaringan)
• .org – bermaksud organisasi, sering digunakan oleh komuniti online
• .gov – bermaksud kerajaan dimana semua laman web kerajaan menggunakan domain ini
• .edu – bermaksud pendidikan.
• .biz – bermaksud bisnes atau perniagaan
• .my – negara asal laman web tersebut (my bagi Malaysia). Contoh lain ialah .si = Singapura, .uk = United Kingdom

Perkara selanjutnya adalah mencari sebuah hos web. Semua perniagaan memerlukan premis. Jika anda berniaga secara konvensional, anda perlu menyewa ruang di pejabat atau di pusat membeli belah. Dalam konteks perniagaan internet, ia memerlukan ruang secara maya. Caranya ialah dengan membuat laman web dan mencari hos untuk laman anda. Dalam mencari hos yang baik, pastikan hos anda mempunyai sambungan pantas ke internet dan mampu menerima kunjungan (hits) yang banyak. Pastikan juga samada perkhidmatan dan kemudahan berikut turut ditawarkan:
• Alamat email. Anda sepatutnya mendapat beberapa email percuma untuk kegunaan anda. Contohnya admin@namaanda.com. Ada juga yang turut memberikan perkhidmatan autoresponder.
• Nama Domain. Seperti yang telah dibincangkan.
• Perisian Laman Web. Anda perlu diberikan perisian untuk mengemaskini laman web, menggubahsuai dan sebagainya.
• Perisian Shopping Cart. Akan membantu anda dalam membuat jualan dengan efisien.
• Statistik Laman. Ia akan memberi statistik kunjungan ke laman anda.
• Pelbagai skrip sokongan dan sebagainya berkaitan jual beli dan perdagangan.

Membina Laman Web Yang Mudah dan Profesional

Memandangkan anda menceburi bidang perniagaan, matlamat utama laman web anda ialah untuk MENJUAL. Tiada yang lain! Oleh kerana itulah, JUALAN harus menjadi fokus utama. Jangan jadikan bakal pelanggan anda keliru. Anda mungkin menjejaskan potensi mereka sebagai pelanggan anda. Jika anda menjual suatu produk atau perkhidmatan, pastikan mereka jelas akan SATU tindakan yang anda mahu mereka ambil. Mereka mungkin MEMBELI atau TIDAK MEMBELI. Adakah anda mahu mereka berlalu begitu sahaja? Pastinya TIDAK!

Jadi, anda perlu pastikan mereka meninggalkan alamat email mereka atau sebarang maklumat lain yang berguna. Ini untuk anda membuat tindakan susulan (follow-up) yang akan meningkatkan peluang jualan anda. Percayalah pada fakta ini, kebanyakan orang tidak membeli pada percubaan pertama (first contact). Untuk tujuan itu, anda perlu menggunakan kreativiti anda menulis surat jualan (sales letter) yang kompetitif mengenai produk anda dan letakkannya di laman web anda. Anda boleh tambahkan dengan gambar produk, testimoni dari pelanggan dan perkara lain yang berkaitan. Oleh itu, fokus laman web anda ialah surat jualan tersebut.
Sekarang kita lihat pula susun atur (layout) laman web anda. Teks anda boleh diwarnakan mengikut warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata manakala latar belakang seharusnya berwarna putih. Mengikut kebiasaan, laman yang terbaik untuk surat jualan ialah teks yang berwarna hitam dan berlatarbelakangkan putih, mudah dibaca. Anda sedang berniaga, jadi berpakaian lah seperti seorang usahawan.

Dari sudut teknikal pula, anda boleh memilih salah satu dari tiga kaedah berikut untuk mereka bentuk laman web anda sendiri.

DIY (Do It Yourself) – Jika anda berkemahiran menggunakan alat-alat mereka bentuk laman web seperti Microsoft FrontPage dan Macromedia Dreamweaver, pilihan ini adalah yang terbaik untuk anda.
Mengupah Orang Lain – Anda boleh mengupah pihak ketiga sama ada seorang freelancer, profesional atau pusat-pusat IT jika berkemampuan. Anda juga boleh belajar membinanya sebelum melakukannya sendiri. Ia mungkin menjadi pilihan terbaik (value for money) jika dipandang dari segi jangka panjang.
Laman Web Percuma – Terdapat beberapa laman web percuma yang ditawarkan dipasaran namun pilihan nama domain adalah terhad dan agak panjang. Kebanyakannya telah menyediakan template dan banyak ruang-ruang iklan.
Pergi ke Solobis – Kemudahan ini dicipta bagi mengurangkan jurang teknikal dan risiko dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak template yang boleh dipilih, dan pelbagai alat dan kemudahan perniagaan internet turut ditawarkan seperti sequential Autoresponder, Pop-Up Window Generator, Mailing List Broadcaster, Article Generator, Killer Sales Generator, Headline Generator dan banyak lagi untuk memudahkan anda memulakan perniagaan secepat mungkin. Jika anda mempunyai peruntukan yang terhad, inilah pilihan yang terbaik.

Cipta Satu Tawaran Jualan Yang Unik (USP)

Cipta satu tawaran jualan yang unik (USP-Unique Selling Preposition). Carilah jalan untuk menjadikan perniagaan anda menonjol dari yang lain. Jadikan diri anda dan laman anda unik dengan menawarkan sesuatu yang orang lain tidak berikan. Sebagai contoh, tawaran setengah harga, tawaran untuk 20 pelanggan pertama, pertandingan, promosi perayaan, jualan tahun baru, bonus percuma, laporan dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Pasti akan mengundang lebih kunjungan ke laman anda. Ini penting kerana matlamat laman web anda tidak akan tercapai jika sekalipun sejuta pengunjung yang datang tetapi hanya sedikit yang membeli. Jika hanya 1% sahaja dari jumlah pengunjung yang membeli, bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

Tulis Surat Jualan yang Berkesan

Laman web anda perlu dihasilkan sebagai surat julan, bukannya brosur atau pamplet. Ini adalah kerana brosur tidak dapat menjual!. Brosur hanya menunjukkan gambar dan penerangan sahaja. Ia sukar untuk membantu jualan. Anda pasti tidak mahu kehilangan pelanggan. Surat jualan anda seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut:
- Headline
- Sub-headline
- Apa yang ditawarkan dan kelebihan
- Tawaran jualan yang unik
- Percuma/tawaran istimewa

Anda perlu mencari headline yang akan menarik perhatian pengunjung, jika tidak mereka tidak akan terus membaca surat anda. Pemilihan headline boleh menaikkan atau menjatuhkan jualan anda! Andaikan anda menjual video bagaimana membaiki komputer, jadi cipta headline yang menarik perhatian seperti “Belajar Menjadi Pakar Membaiki Komputer Dalam Masa 1 Hari”. Pengunjung, terutamanya yang mahu menjadi pakar komputer pasti akan terhenti dan membaca surat jualan anda.

Sub-headline pula perlu manggalakkan pengunjung untuk terus membaca. Seharusnya anda memberikan harapan betapa anda mampu menunaikan hajat mereka. Memandangkan anda berjaya membuat mereka terus membaca, maklumkan bakal pembeli anda tentang faedah dan kelebihan produk anda. Sebagai contoh, katakan produk anda adalah yang terbaik dan termurah di pasaran (jika benar). Anda boleh sokong pernyataan ini dengan beberapa testimoni dari pembeli yang berpuas hati. Jika anda mempunyai tawaran percuma atau istimewa, jangan ragu-ragu untuk memberi!. Anda juga boleh selitkan sedikit preview kepada video anda untuk 1 minit.

Mewujudkan Proses Pembayaran Kad Kredit/Online

Jika anda berjaya menjual, apa yang anda perlu adalah Pemproses Pembayaran Kad Kredit. Urusan jualan yang dilakukan secara online menggunakan kad kredit dengan program tersebut lebih mudah dan selamat. Ia akan memproses pembayaran melalui kad kredit untuk anda mungkin dalam semalaman dan memindahkan bayaran terus ke bank tempatan anda (akaun anda).

Beberapa pemproses yang popular adalah seperti berikut:
www.2CheckOut.com
www.ibill.com
www.paypal.com
www.stormpay.com

Selain dari Pemproses Kad Kredit, di Malaysia, perkhidmatan perbankan internet juga amat popular. Pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah, pantas dan selamat terus ke dalam akaun bank. Perkhidmatan yang paling mendapat sambutan adalah MAYBANK2u yang merupakan pelopor perbankan internet.

Memasarkan Perniagaan Online Anda

Kini tiba masanya memasarkan ke pasaran yang anda sasarkan. Setiap Model Perniagaan Internet memerlukan strategi pemasaran dan taktik yang berbeza. Anda mesti tahu pendekatan yang terbaik dalam memasarkan produk anda. Jika tersilap, anda mungkin akan membazirkan masa, wang, dan usaha berbanding yang sepatutnya. Saya akan kongsi bersama anda beberapa cara menggalakkan pengunjung melawat laman anda dan menjadi pembeli berpotensi anda dalam bacaan seterusnya. Anda boleh memilih sama ada mengiklan di laman iklan percuma atau berbayar yang banyak terdapat di internet.

Menjejak Jualan dan Pengunjung ke Laman Anda

Anda perlu ketahui berapa ramai pengunjung ke laman web anda. Ini dapat dikesan dengan mudah jika hos anda menyediakan kemudahan statistik laman.

Nisbah yang baik adalah sekurang-kurangnya seorang dari seratus pengunjung membeli produk anda. Jika lebih, nampaknya anda telah bermula dengan baik. Jika kurang, nampaknya anda perlu berbuat sesuatu dengan pantas. Mungkin dengan mengubah susun atur, menulis surat jualan yang lebih hebat, atau headline yang lebih gah! Untuk menjejak pengunjung juga, anda boleh melanggan perkhidmatan counter jika laman anda tiada statistik laman. Untuk menjejak jualan pula semak akaun anda atau pemproses kad kredit anda.

2 comments:

  1. Perkongsian dan Tips2 yang sangat berguna, saya juga ada tulis blog tentang cara mudah memulakan perniagaan.

    Banyak surirumah yang mengunakan kaedah ini, start kecil-kecilan di rumah,
    dan akhirnya hingga mampu membuka kedai sendiri.

    Ikuti cara memulakan perniagaan mereka di sini:
    http://amizanyap.com/cara-memulakan-perniagaan/

    ReplyDelete
  2. Perkongsian dan Tips2 yang sangat berguna, saya juga ada tulis blog tentang cara mudah memulakan perniagaan.

    Banyak surirumah yang mengunakan kaedah ini, start kecil-kecilan di rumah,
    dan akhirnya hingga mampu membuka kedai sendiri.

    Ikuti cara memulakan perniagaan mereka di sini:
    http://amizanyap.com/cara-memulakan-perniagaan/

    ReplyDelete